Dalam menyambut meriahnya raya,
Jangan lupakan saudara di Gaza,
Serba sederhana tetap bermakna,
Semoga amalan kita diterima.
Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dimaafi.
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua murid, ibu bapa, guru dan warga sekolah. Semoga berbahagia di hari mulia disamping keluarga tersayang.